Tuesday, March 9, 2010

::permulaan tentang aku::

Cerita aku bermula daripada ayah aku, krana dialah wujudnye zuriat bagi kesinambungan seterusnya keturunan keluarga ku, krana dia aku wujud sebagai generasi seterusnya yang seperti lebih dari kecukupan, sebagai anak Ahmad Azam yang bernama Muhammad Al-Arif.

Tapi Ahmad Azam kini hanya tinggal kenangan buat selamanya di dunia ini krana dia telah selamat dikebumikan pada 30 Desember 2008 bila ajalnya tibe dan nyawanya slamat dicabut dari jasadnya pada jam 1.15am hari 30 Desember 2008 ini di Hospital Selayang(satu hospital yang penuh dengan kecurigaan).

Sedih kepiluan menatap hati dan jiwa aku sekeluarga dan kaum keturunan.

Takdir tibe, alhamdulillah kami trima dengan redho krana itu ketentuan Ilahi yang kita sendiri sebagai manusia tidak sesekali pun dapat menyangkal. Yang pergi diambil NYA, tetap akan pergi. Dan yang masih menetap, wajib menjalani liku-liku hidup krana disebalik apa yang terjadi seperti yang dijanjikan Ilahi tentu ada hikmahnya.

""""'' Papa... Aku sentiasa mendoakan ketenangan dan kesejahteraan engkau disana. Kasih dan sayang aku pada engkau tak pernah sesekali luntur kerana pengorbanan engkau untuk keluarga kita ketika di atas muka bumi ini sentiasa bermain di sanubari ku".

""' Papa... Aku sangat sayangkan dikau sepertimana engkau sayangkan anak sulung dikau ini dan engkau tetap menjadi idola dan pujaan hati ku buat selamanya".'