Pada hari pertama syawal, hari raya aku dimanfaatkan dengan solat sunat aidilfitri. (dah le tahun lepas xpergi sebab tak terbangun namun tahun ini terlalu awal pulak aku hadir ke masjid, alhamdulillah.). Sejurus balik dari masjid, mempersiapkan pula diri untuk menziarah perkuburan atuk dan ayah tercinta. Aku sangat la suka suasana perkuburan pertama raya sebab terlalu la crowded, alhamdulillah. Kemudian baru lah aktivtiti beraya ke rumah saudara mara dimulakan. Hari ini je aku makan tanpa had. itu ini semua ngap je la sbb NIAT aku raya tahun ni nak makan sehingga kemampuan aku. :)
Alhamdulillah, langit pun sudah kembali malap setelah aku tertido selepas asar akibat kepenatan . Alhamdulillah semuanya berjalan dengan penuh gembira dan lancar tanpa ada sedikit cela ataupun masalah dan rezeki pun melimpah ruah, alhamdulillah.
( Aidilfitri with my beloved family. (: )
Alhamdulillah, rezeki pertama syawal. :)
No comments:
Post a Comment